Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

MAJLIS PENTAULIAHAN PERINGKAT GANGSA DAN PERAK ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA IKBN WAKAF TAPAI 2018

Written by

29 November 2018 - Telah berlangsung Majlis Pentauliahan Perak dan Gangsa Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda IKBN Wakaf Tapai 2018.

Majlis bermula dengan ikrar pelajar dan bacaan doa, seterusnya persembahan video ARPRM yang telah dibuat oleh peserta gangsa sesi 2/2017 di bawah bimbingan Puan Mariam Salmi bt Ahmad, Pengajar Kelab ICT IKBNWT. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan ‘choral speaking’ oleh peserta ARPRM (tahap gangsa) bagi sesi 1/2018, di bawah bimbingan Cik Siti Shahidatul Husna bt Jamel, Pengajar Bahasa Inggeris IKBNWT. Tayangan video oleh peserta ARPRM sesi 1/2018 turut ditayangkan dan persembahan berakhir dengan tarian ‘zumba’ oleh peserta Perak.

Majlis penyampaian sijil dan pemakaian ‘button’ ARPRM telah disempurnakan oleh Cik Tuan Norihan bt Tuan Yusoff, Ketua Jabatan Teknologi elektrik (memangku Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan), mewakili Tuan Pengarah IKBN Wakaf Tapai yang menghadiri mesyuarat rasmi di Kementerian belia dan Sukan Malaysia. Seramai 8 orang penerima Perak dan 98 orang penerima gangsa telah ditauliahkan pada majlis tersebut.

Majlis berakhir sekitar jam 10.30 pagi dengan sesi bergambar bersama semua penerima anugerah perak dan gangsa.

 

 

 

 

Di sediakan Oleh:

Normazita @ Siti Hajar bt Mansor

 

Gambar Oleh :

Zulkurnain bin Hassan

 

 

 

 

 

 
Find us on Facebook
Follow Us