Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT IKBN WAKAF TAPAI 1440H/2018M

Written by

WAKAF TAPAI, 22 NOVEMBER 2018 – telah berlangsung Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat IKBN Wakaf Tapai 1440H/2018M.

Program anjuran Cawangan Pengurusan Pelajar IKBN Wakaf Tapai dengan kerjasama YADIM Negeri Terengganu di mulai dengan perarakan sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. jam 8.00 pagi. Majlis perarakan meriah dengan sepanduk dan bunga manggar hasil kreativiti pelajar dan kakitangan IKBN Wakaf Tapai. Majlis diteruskan lagi dengan Ceramah Bicara Dakwah oleh Ustaz Wan Anuar bin Wan Mamat daripada UiTM dungun. Pelbagai kisah menarik yang dikongsi oleh Ustaz Wan Anuar berkaitan dengan peribadi mulia Rasulullah S.A.W. yang wajar dicontohi oleh kita semua sebagai umat baginda. Turut hadir di majlis tersebut, Tuan Haji Mahadi bin Awang pengarah YADIM Zon Timur dan En. Mohd Fauzi bin Haji Ariffin, Pengarah IKBN Wakaf Tapai. Di akhir majlis, Tuan Pengarah berbesar hati menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan perarakan Maulidur Rasul yang dimenangi oleh Jurusan Jahitan Pakaian Lelaki, menerima hadiah wang tunai RM 300.00 beserta hamper. Tempat ke dua dimenangi oleh Jurusan Elektrik membawa pulang wang tunai RM 200.00 dan hamper dan tempat ke tiga dimenangi oleh Jurusan Jahitan Pakaian Wanita dengan hadiah wang tunai RM 100.00 dan hamper. Semua hadiah adalah sumbangan YADIM Terengganu dan Azzuha Group Travel & Tours. Majlis berakhir sekitar jam 11.30 pagi dengan selawat perdana oleh pelajar dan pegawai serta pertukaran cenderahati antara pengarah IKBN Wakaf Tapai dengan Pengarah YADIM Zon Timur.

 

   

Di sediakan Oleh:

Normazita @ Siti Hajar bt Mansor

 

Gambar Oleh :

Zulkurnain bin Hassan

 

 

 

 

 

 
Find us on Facebook
Follow Us