Kursus ini telah dilaksanakan selama 02 hari yang bermula pada 21 hingga 22 November 2018 dengan dihadiri oleh 25 orang peserta.Objektif utama Kursus ini diadakan adalah bagi melahirkan lebih ramai lagi pemimpin, mentor, penyelaras dan penilai ARP di IKTBN Bachok.
Selain itu objektif kursus ini juga adalah bagi memantap kepimpinan dan kaedah pengoperasian Badan Operasi ARP serta mengenalpasti cara-cara untuk mengatasi atau meminimakan masalah yang timbul dalam pelaksanaan program ARP di IKTBN Bachok.Semoga kursus seperti ini akan diadakan lagi pada masa hadapan. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang berjaya menamatkan kursus.
Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin