Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 05 December 2018 15:27

KEMERIAHAN MAJLIS TAMAT LATIHAN PELAJAR AKHIR

Written by

 

 

KEMERIAHAN MAJLIS TAMAT LATIHAN PELAJAR AKHIR

 

 

 

KINARUT ; Cawangan Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan satu Majlis Tamat Latihan kepada pelajar-pelajar semester akhir yang diadakan di Dewan Limau-Limauan, IKBN Kinarut baru-baru ini.

 

Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan Pengurusan, Encik Himran Entoh berkata Majlis Tamat Latihan diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar semester akhir serta memberi sokongan moral bagi menduduki peperiksaan akhir yang akan ditempuhi pada minggu hadapan dengan jayanya.

 

“Pada tahun ini, majlis dimeriahkan dengan kehadiran lebih 300 pelajar dan pegawai IKBN Kinarut turut memeriahkan majlis tersebut serta mengukuhkan hubungan baik antara satu sama lain,” katanya.

 

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan busker pelajar semester akhir mengikut jurusan masing-masing, persembahan daripada Majlis Perwakilan Pelajar dan Pegawai serta penganugerahan 6 orang pelajar menerima anugerah pelajar terbaik 2018.

 

Turut Hadir dalam Majlis tersebut Timbalan Pengarah Latihan Encik Suhaidi Mustar, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai dan Kakitangan IKBN Kinarut.

 
Find us on Facebook
Follow Us