Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 05 December 2018 16:37

IKTBN Bachok Lulus Audit Stage 2 MS ISO 9001:2015

Written by
Rate this item
(0 votes)

AUDIT ISO2

Bachok, 05 Disember 2018 – Tahniah dan syabas diucapkan kepada Team ISO IKTBN Bachok kerana lulus dengan Cemerlang dalam audit “Stage 2” persijilan semula dan menaik taraf MS ISO 9001:2008 kepada MS ISO 9001:2015 yang telah berlangsung pada 26 dan 27 November 2018.

Pihak SIRIM telah menghantar 02 orang pegawai bagi menjalankan Audit yang diketuai oleh puan Maznah Bt Mat Isa dengan dibantu oleh encik Mahmud Rizal Bin Othman. Audit yang dijalankan adalah melibatkan semakan dan pemeriksaan terhadap dokumen-dokumen yang berkaitan dengan sistem pengurusan kualiti yang diguna pakai di Institut. Sesi lawatan ke tempat-tempat yang menjalankan prosuder juga dijalankan seperti asrama, dewan makan dan juga bengkel-bengkel yang berkaitan.

Pihak Pengurusan Tertinggi IKTBN Bachok mengucapkan terima kasih dan syabas diucapkan kepada Team ISO yang berjaya menjalankan amanah yang telah diberikan dengan sebaiknya dimana tiada “NCR” diberikan dan hanya 04 “OFI” yang diberikan oleh pihak Audit. TAHNIAH IKTBN BACHOK.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

Read 88 times
 
Find us on Facebook
Follow Us