Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 09 November 2018 15:15

LAWATAN PENANDAARASAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DARI KOLEJ KOMUNITI BAGAN DATOK

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 08 NOVEMBER 2018 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar telah menerima kunjungan pelawat seramai 10 orang dari Kolej Komuniti Bagan Datok, Perak pada 08 November 2018 jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama.

Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapat pendedahan awal serta melihat secara dekat aplikasi pelaksanaan EKSA di IKBN Seri Iskandar. Ketibaan pelawat disambut oleh Pn. Siti Rodiah Bt Hamid, Jawatankuasa Seranta, Ketua-ketua Jawatankuasa dan Zon serta sesi bergambar bersama pelawat di lobi utama pentadbiran.

Lawatan diteruskan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Jawatankuasa Latihan, En. Sharifuddin Bin Noor Rani dan pelawat juga dibawa melawat ke sekitar zon-zon terlibat bagi melihat dengan lebih dekat pelaksanaan EKSA di sini.

Adalah diharapkan agar perkongsian menerusi sesi lawatan ini dapat memperluas pelaksanaan EKSA di agensi Kerajaan lain bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif, meningkatkan imej korporat, menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi serta menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau dan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif

Read 2517 times
 
Find us on Facebook
Follow Us