Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 26 November 2018 15:18

KURSUS PENYEMBELIHAN BINATANG HALAL 2018

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 23 NOVEMBER 2018 - Buat julung kalinya, pada  23 November 2018 Unit Pengurusan Pelajar telah mengadakan Kursus Penyembelihan Halal Menurut Hukum Syarak bertempat di Astaka Dewan Makan yang melibatkan seramai 61 staf dan 20 orang pelajar. Turut hadir sama En. Md. Isa Bin Ibrahim, Tuan Pengarah IKBN Seri Iskandar bagi menyertai bersama kursus ini berjalan sambil turut serta praktikal penyembelihan ayam sambil tunjuk ajar oleh penceramah.

Seterusnya kursus ini diteruskan dengan ceramah penyembelihan halal yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Albar Bin Hassan, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam, Perak.

Seterusnya kakitangan dan penghuni melakukan praktikal penyembelihan halal sebanyak 18 ekor ayam. Kursus penyembelihan halal ini berjalan dengan lancar dan memberi kesan yang positif kepada peserta. 

Read 2989 times
 
Find us on Facebook
Follow Us