Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Ahad, 25 November 2018 15:23

KURSUS TRANSFORMASI DIRI DAN KERJA BERPASUKAN (TEAM BUILDING) INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA SERI ISKANDAR 2018

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 24 NOVEMBER 2018 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengadakan Kursus Transformasi Diri dan Kerja Berpasukan (Team Building) bagi memastikan setiap staf memenuhi Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam (DLSMSA) iaitu menghadiri latihan 7 hari setahun.

Kursus ini telah diadakan pada 24 November 2018  yang lalu bertempat di Kem Sentosa, Chenderiang, Tapah. Seramai 61 orang staf telah mengikuti kursus ini. Antara aktiviti yang dijalankan semasa kursus tersebut ialah Raja Hutan, Rempuh Halangan, Baling Dadu, Pang Ping Pong dan Bola Kasih Sayang.

Tujuan kursus ini dijalankan adalah sebagai usaha jangka panjang dalam melahirkan staf yang setia dan berintegriti kepada jabatan. Selain itu, kursus ini turut memberikan pendedahan kepada setiap staf berkaitan sikap dan tanggungjawab yang perlu ada dalam diri mereka di samping meningkatkan potensi diri bagi memajukan organisasi selaras dengan visi, misi dan objektif Universiti.

Read 3089 times
 
Find us on Facebook
Follow Us