Print this page
Selasa, 27 November 2018 15:29

PERHIMPUNAN BULANAN BULAN NOVEMBER 2018

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 26 NOVEMBER 2018Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bulan November 2018 jam 02.00 petang bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Perhimpunan ini adalah di bawah anjuran Jabatan Teknologi Rangkaian Multimedia yang diketuai oleh Pn. Atikah Bt Abd. Rahman Ketua Jabatan.

Turut hadir di majlis ini, Tuan Pengarah IKBN Seri Iskandar, En. Md Isa Bin Ibrahim diiringi oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud bersama Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, En. A. Raman Bin Musbah dan kakitanagn serta pelajar memenuhi ruang dewan.

Dalam ucapan beliau meminta para pelajar memberi komitmen dan kerjasama dalam mematuhi peraturan institut terutama pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) dalam ke arah penjimatan. Selain itu, beliau juga mengharapkan pelajar sentiasa mengambil peluang dan memanfaatkan masa semasa dalam sesi pembelajaran berlangsung. Ini adalah kerana ilmu pengetahuan yang banyak akan dapat meningkat kemahiran yang diceburi.

Di majlis ini, penyampaian hadiah dan sijil kepada anugerah khidmat cemerlang bulanan diperolehi En. Mohmad Khairi Bin Abdul Rahman, dari Jabatan Teknologi Elektrik Elektronik (JTEE) dan Pn. Nor Zalita Bt Mat Lazim dari Unit Pengurusan Pelajar (UPP).

Read 2872 times
Find us on Facebook
Follow Us