Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 30 November 2018 15:58

PENGAUDITAN MS ISO 9001:2015 BAGI IKBN SERI ISKANDAR

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 30 NOVEMBER 2018 – Komitmen Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar  untuk menyelesaikan sistem pengurusan kualiti dan hal-hal berkaitan bahagian pengurusan yang diperlukan dalam ISO telah dijayakan dengan berlangsungnya Pengauditan MS ISO 9001: 2015 pada 30 November 2018 jam 08.30 pagi di Bilik Mesyuarat Utama.

Semua Jawatankuasa MS ISO 9001:2015 terlibat sama dalam pengauditan ini hadir yang diketuai oleh En. A. Raman Bin Musbah, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar selaku penyelaras pengauditan. Dua (2) Juruaudit luar yang dijemput dari pihak SIRIM iaitu En. Mohd Nazim Bin Zakarian dan En. Tajul Arif Bin Ariffin di mana pengauditan ini merangkumi empat (4) aspek iaitu Pengajaran dan Pembelajaran, Pengurusan Pelajar, Sistem Kewangan Dan Risiko dan Peluang.

Program bermula pada jam 8.30 pagi dengan dimulakan dengan taklimat daripada En. A. Raman Bin Musbah, sebagai Pengurus Kualiti IKBN Seri Iskandar. Sesi pengauditan ini akan merangkumi pemeriksaan sistem pengurusan kualiti (SPK) dan perkara berkaitan dengan lebih kompeten pada masa hadapan.

Hakikatnya, program ini menuntut komitmen sepenuh hati daripada staf IKBN Seri Iskandar untuk menjayakannya. IKBN Seri Iskandar menyasarkan untuk mendapat pengiktirafan MS ISO 9001: 2015 pada tahun 2019.

Pengurus Kualiti IKBN Seri Iskandar, A.Raman Bin Musbah berkata, "saya yakin diatas kemampuan dan komitmen kesemua staf IKBN Seri Iskandar untuk menjayakan misi ini." IKBN Seri Iskandar melalui kerjasama pengurusan tertinggi yakin akan berjaya mendapat pengiktiran ISO dengan meningkatkan mutu pengurusan secara sistematik dan kompeten

Read 1919 times
 
Find us on Facebook
Follow Us