Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 10 December 2018 16:41

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA KE IKTBN CHEMBONG

Written by
Rate this item
(1 Vote)

CHEMBONG, 10 DISEMBER 2018 - Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong berbesar hati menerima kunjungan Y.B. Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia di dalam sesi lawatan kerja beliau pada hari ini.

Delegasi lawatan telah disambut oleh En. Johari Bin Mohamad Tahar, Pengarah IKTBN Chembong, para pegawai dan pelajar. Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas oleh En. Shah Rizal Bin Ruslan, Ketua Bahagian Hubungan Industri. Seterusnya YBTM KBS telah melawat ke Galeri Usahawan yang menempatkan produk-produk yang dihasilkan oleh pelajar IKTBN Chembong. YBTM KBS turut berkunjung ke Makmal Hibrid yang bertempat di Jabatan Teknologi Automotif dan bengkel-bengkel kemahiran. YBTM turut beramah mesra bersama para pelajar IKTBN Chembong. Setinggi penghargaan kepada YBTM KBS di atas kesudian berkunjung ke IKTBN Chembong. Segala amanat yang disampaikan akan dijadikan panduan untuk kecemerlangan IKTBN Chembong.

 

 

 

Laporan Oleh : Bahagian Hubungan Industri IKTBN Chembong

Read 3498 times Last modified on Isnin, 17 December 2018 09:21
 
Find us on Facebook
Follow Us