Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 20 December 2018 09:46

KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN BADAN OPERASI ARP IKBN KINARUT

Written by

 

 

KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN BADAN OPERASI ARP IKBN KINARUT

 

 

PUTATAN ; Seramai 18 orang pegawai IKBN Kinarut terlibat Kursus Pemantapan Pengurusan Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana (ARP) di Bilik Kuliah Kompleks Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.

 

Kursus yang diadakan selama 2 hari bermula pada 18-19 Disember 2018 bertujuan meningkatkan pengetahuan dikalangan penyelaras badan operasi dan mentor bagi Program ARP di peringkat IKBN Kinarut dapat memastikan tahap pengendalian operasi memenuhi standard yang telah ditetapkan oleh Sekretariat Antarabangsa.

 

IKBN Kinarut merupakan sebuah Badan Operasi yang ditauliahkan bagi melahirkan belia-belia penganugerahan ARP yang berstandart antarabangsa menerusi empat komponen penyediaan rangka kerja iaitu rekreasi fizikal, kemahiran, penjelajahan lasak dan khidmat masyarakat.

 

Penerapan cabaran individu menerusi program ARP dikalangan pelajar IKBN Kinarut, beberapa program yang seimbang ditawarkan, tiada persaingan, aktiviti-aktiviti sukarela yang mengalakkan penerokaan jati diri dn kematangan, kepercayaan diri, ketabahan, tanggungjawab pada diri sendiri dan berkhidmat kepada komuniti.

 
Find us on Facebook
Follow Us