Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 04 January 2019 10:36

PERJUMPAAN MESRA PENGARAH BERSAMA KAKITANGAN BUKA TAHUN 2019

Written by
Rate this item
(0 votes)

3 Januari 2019: Perjumpaan Mesra 2019 telah diadakan di Auditorium IKTBN oleh pihak pengurusan bersama pegawai IKTBN Temerloh. Tuan Pengarah Dr Yusoff b Abu Bakar yang memulakan ucapan dengan menyingkap pencapaian cemerlang warga IKTBN Temerloh pada 2018.

Antara pencapaian yang telah dicapai dari pelbagai bidang adalah seperti IKTBNT telah menghasilkan pelajar terbaik ILKBS, pencapaian atas Kecemerlangan Persijilan EKSA, pencapaian 5 bintang Audit Anugerah Institut terbaik(AIT) dan Pengurusan Latihan Terbaik(PLT) serta penyertaan pelajar dan pegawai dalam pelbagai pertandingan seperti Inovasi. Beliau mengucapkan penghargaan dan ribuan terima kasih atas usaha serta kerjasama yang telah dilakukan oleh warga IKTBNT untuk mencapai pencapaian tersebut. Dalam ucapan tersebut juga, Tuan Pengarah juga mengharapkan pencapaian yang cemerlang dapat diteruskan lagi pada tahun 2019. Selain daripada itu beliau juga turut meminta kerjasama warga IKTBNT untuk bersama-sama melaksanakan promosi bagi menggalakkan lagi penyertaan pelajar ke institut ini.

Semoga amanat yang disampaikan dapat memberi semangat bagi memulakan tahun baharu dalam mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang.

 

 

 

 

 

Read 350 times Last modified on Jumaat, 04 January 2019 10:48
 
Find us on Facebook
Follow Us