Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 04 January 2019 17:21

PROGRAM IN HOUSE TRAINING -THE ART OF FRENCH PASTISSERIE

Written by
Rate this item
(0 votes)

coklat

IKBN Peretak, 18 Disember 2018 – Program In House Training bagi Tajuk The Art Of French Pastisserie telah diadakan pada 18 Disember 2018 (Selasa) bertempat di Bengkel Dahlia, Jabatan Hospitaliti, IKBN Peretak. Program ini melibatkan 10 orang peserta yang terdiri daripada tenaga pengajar dari pelbagai bidang di Jabatan Hospitaliti, IKBN Peretak.

Objektif utama program ini adalah untuk memberi nilai tambah kepada para pengajar terutamanya bahagian Penyediaan Makanan untuk meningkatkan kemahiran pembuatan produk untuk diaplikasikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Antara jenis-jenis produk French patisserie yang telah dipelajari oleh peserta adalah seperti Chocolate roll, Mango Coconut Mousse, Eclaire, Chocolate lollipop stick dan Mini showpiece chocolate.

Semoga program seperti ini dapat mengisi dan meningkatkan tahap kemahiran para pengajar dalam Bidang Penyajian, sejajar dan selari dengan kepesatan industri perkhidmatan makanan dan minuman. Program ini bertepatan dengan matlamat jabatan untuk melahirkan pelajar berkemahiran melalui pembelajaran dari pengajar yang berkemhiran khusus dalam bidang ini. Justeru pembabitan pengajar dalam program dan kursus peningkatan kemahiran amat jelas diperlukan.

Disediakan oleh : Puan Shulieyani Binti Yahya

Read 446 times
 
Find us on Facebook
Follow Us