Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 09 January 2019 09:03

LAWATAN PANEL PENILAIAN PENTAULIAHAN PROGRAM KEMAHIRAN (PPPPK) JPK

Written by
Rate this item
(0 votes)

PPK

IKBN Peretak, Selasa 08 Januari 2019 – Panel Penilaian Pentauliahan Program Kemahiran (PPPPK) telah mengadakan lawatan ke IKBN Peretak pada hari ini bertugas untuk menilai permohonan Pembaharuan Pentauliahan Program Kemahiran yang akan tamat tempoh pentauliahan program pada penghujung bulan Januari 2019.

Seramai 7 orang panel Pentauliahan yang terdiri daripada Pegawai Penyelaras JPK dan Pakar Industri telah hadir untuk membuat penilaian Pentauliahan bagi tiga (3) jurusan program iaitu bidang Diploma Teknologi Rekaan Fesyen (DTF), Operasi Servis Makanan dan Minuman (PMM) dan Perkhidmatan Terapi Estetik (TK).

Perbincangan bersama Panel Penilaian Pentauliahan Program Kemahiran telah dipengurusikan oleh Puan Normahsyuri Binti Md Shariff, Pengarah IKBN Peretak bersama Timbalan-timbalan dan ketua-ketua Jabatan sebelum ahli panel membuat lawatan penilaian ke premis dan bengkel-bengkel untuk memeriksa dokumentasi dan fasilti yang terdapat di bengkel. Lawatan panel penilaian Pentauliahan program telah berjalan dengan lancar dan dapat diselesaikan lebih awal daripada masa yang telah tetapkan.

Semoga lawatan Pentauliahan ini memberikan keputusan yang diharapkan dan pembaharuan program-program yang telah dinilai mendapat kelulusan JPK.

Disediakan oleh : Encik Samsu Bin Kadir

Read 2419 times
 
Find us on Facebook
Follow Us