Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

SESI PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 1/2019

Written by

WAKAF TAPAI, 7 JANUARI 2019 – IKBN Wakaf Tapai telah menerima kemasukan pelajar baru bagi sesi 1/2019. Pelajar-pelajar baru mendaftar masuk ke IKBN Wakaf Tapai bermula jam 9.00 pagi tadi sehingga 12.30 tengahari.

Antara kursus yang ditawarkan pada sesi kali ini ialah Sijil lanjutan Teknologi Mekanikal (kimpalan Arka dan Operasi Fabrikasi Paip), Sijil Teknologi Elektrik (Satu Fasa dan Tiga Fasa) dan Sijil Lanjutan Teknologi Tekstil (Jahitan Pakaian Lelaki dan Wanita). Sesi Pendaftaran diteruskan lagi dengan taklimat ringkas oleh En. Mohd Fauzi bin Haji Arifin, Pengarah IKBN Wakaf Tapai serta penerangan ringkas berkaitan bidang yang ditawarkan oleh Ketua-ketua Jabatan yang terlibat. Pada Majlis tersebut, turut meluangkan masa untuk hadir sama adalah En. Romeli bin Hussin, Timbalan Presiden Alumni ILKBS. Pada ucapan selamat datang oleh Pengarah IKBN Wakaf Tapai, beliau turut mengharapkan komitmen daripada pelajar untuk memastikan mereka dapat mematuhi dan mengikuti setiap peraturan serta jadual pembelajaran yang telah ditetapkan sepanjang mereka mengikuti latihan di IKBN Wakaf Tapai. Majlis berakhir dengan sesi soal jawab dan Ibubapa menggunakan kesempatan ini untuk bertanyakan pelbagai soalan tentang kebajikan dan sistem pembelajaran di IKBN Wakaf Tapai. Majlis berakhir sekitar jam 12.30 tengahari.

 

1

 

Di sediakan Oleh:

Ahmad Adzrimie Adnan

 

 

 

 
Find us on Facebook
Follow Us