Pada sesi ini IKTBN Bachok hanya mengambil 04 jurusan sahaja dengan kuota sebanyak 115 orang pelajar. Pada pendaftaran pertama yang dilaksanakan pada 07 Januari 2019 seramai 65 orang pelajar telah melapor diri yang melibatkan 59 pelajar lelaki dan 06 orang pelajar wanita.Pihak IKTBN Bachok mengucapkan selamat datang dan selamat menjalani latihan kemahiran.
Panggilan kedua dijangka akan diadakan pada 21 Januari 2019 bagi memenuhi kuota yang telah ditetapkan. Selamat menempuh kehidupan sebagai seorang pelajar di IKTBN Bachok.Semoga semua pelajar yang melapor diri akan tamat pengajian dengan jayanya nanti dan tidak separuh jalan.
Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin