Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Sabtu, 04 June 2016 00:42

ISRA’ DAN MI’RAJ SATU PENGHIJRAHAN

Written by
Rate this item
(0 votes)

BANTING , 27 MEI 2016 –  PeristiwaIsra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam.

Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalamsurah Al-Israa’ayat 1 (Al-Quran:17:1).Surah An-Najm(al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Jerusalem), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”( Al-Quran, Surah Al Israa’: 1)

Bersempena dengan sambutan peristiwa Isra dan Mi’raj ini Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat telah menjemput Tuan Hj. Hamdan Bin Muhamad , Imam Masjid Sultan Tunku Mizan Zainal Abidin Putrajaya menyampaikan ceramah bertajuk Isra’ dan Mi’raj Satu Penghijrahan bertempat di Dewan Ibnu Sina’ baru-baru ini .

Antara objektif program ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kefahaman pelajar terhadap perjalanan Isra’ Mi’raj Rasulullah serta membentuk penguasaan atau amalan ciri-ciri unggul Rasulullah .

 

Oleh : Nor Azlin Binti Sumiran (IKBN Kuala Langat)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Read 8254 times Last modified on Sabtu, 04 June 2016 00:47
 
Find us on Facebook
Follow Us