Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 14 January 2019 08:53

MAJLIS PENYERAHAN PELAJAR IKTBN BACHOK

Written by
Rate this item
(0 votes)

PENYERAHAN PELAJAR

 

Bachok, 14 Januari 2019 – Selesai sudah Minggu Paradigma Pelajar dan satu Majlis Penyerahan Pelajar kepada 04 bengkel yang mengambil pelajar pada sesi ini telah diadakan pada 13 Januari 2019 dengan disaksikan oleh pegawai, kakitangan dan semua pelajar Baru IKTBN Bachok.

Tiada bidang yang telah mencapai kuota yang ditetapkan sehubungan dengan itu panggilan kedua dijangka akan dilaksanakan pada 21 Januari 2019. Bagi belia-belia yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang kemahiran terutamanya di Bidang Kejuruteraan Awam dan Automotif yang dibuka pengambilan pada sesi kali ini bolehlah hadir ke IKTBN Bachok untuk memohon. Kepada semua pelajar baru ambillah peluang yang diberikan ini untuk menimba sebanyak mungkin ilmu yang akan diberikan oleh pengajar-pengajar.

Jadikanlah peluang yang diberikan ini sebagai satu dorongan untuk berjaya di masa akan datang dan jangan lah pula mensia-siakan peluang yang diberikan ini. Selamat Maju jaya dan selamat menjalani Latihan Kemahiran di IKTBN Bachok.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin 

Read 2950 times
 
Find us on Facebook
Follow Us