Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 14 January 2019 14:01

105 PELAJAR BARU TAMAT MINGGU PARADIGMA

Written by

 

 

105 PELAJAR BARU TAMAT MINGGU PARADIGMA

 

 

KINARUT ; Setelah sesi pendaftaran yang diadakan pada 7 Januari 2019 (Isnin) yang lalu program minggu paradigma diteruskan dengan aktiviti rutin harian disepanjang minggu paradigma sesi Januari 2019 IKBN Kinarut bermula dengan pengenalan IKBN Kinarut, UKJK, pengukuhan kumpulan, ceramah dan motivasi, keagamaan, taklimat pengurusan, peraturan disiplin dan kenegaraan bagi membentuk sahsiah para pelajar menjadi insan yang berguna.

 

Majlis penutupan bertujuan meraih kedatangan dan penyerahan pelajar-pelajar baru sesi Januari 2019 kepada pengkhususan sekolah masing-masing kepada Ketua Sekolah iaitu Encik Mohd Yasser Ayob Ketua Sekolah Elektrik dan Encik Amad Acho Ketua Sekolah Awam.

 

Perasmian majlis penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Hj Razali Mohamad Pengarah IKBN Kinarut. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Encik Himran Entoh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar (HEP), Encik Ahmad Rithaudin Ibrahim Timbalan Pengarah Latihan, Ketua-Ketua Bahagian dan Kakitangan IKBN Kinarut.