Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Sabtu, 04 June 2016 00:48

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN IKBN KUALA LANGAT MERIAH

Written by
Rate this item
(0 votes)

BANTING , 3 JUN 2016 –  Sempena menyambut kedatangan Bulan Ramadhan tidak lama lagi Bahagian Hal Ehwal Pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat telah mengadakan Program Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk dan Tahlil arwah di sini semalam .

Program ini telah dilaksanakan dengan kerjasama semua pegawai serta pelajar-pelajar yang menyumbang dari segi keperluan serta tenaga untuk menjayakannya. Tujuan dilaksanakan program ini adalah untuk memupuk silaturrahim dikalangan pelajar serta pegawai di IKBN Kuala Langat serta memupuk semangat kerjasama dikalangan komuniti setempat.

Setelah selesai memasak bubur lambuk , pengagihan bubur lambuk telah dibuat ke Kem Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) , rumah-rumah pegawai , pelajar-pelajar serta Masjid At-Taqwa Banting .

Program bermula seawal jam 8.30 pagi bertempat di Garaj Kenderaan IKBN Kuala Langat dimana semua pegawai serta kakitangan bersama-sama pelajar bergotong-royong memasak bubur lambuk . Program ini diteruskan lagi dengan bacaan Yassin , tahlil arwah serta solat hajat sempena dengan peperiksaan akhir pelajar-pelajar yang akan bermula tidak lama lagi .

Oleh : Nor Azlin Binti Sumiran (IKBN Kuala Langat)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Read 8009 times Last modified on Sabtu, 04 June 2016 00:49
 
Find us on Facebook
Follow Us