Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 17 January 2019 14:45

557 WARGA IKTBN BACHOK DERMA DARAH

Written by
Rate this item
(0 votes)

Derma Darah

Bachok, 17 Januari 2019 - Seramai 462 pelajar dan 95 staf Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok Kelantan menyertai program derma darah sempena pendaftaran pelajar barunya di Dewan Serbaguna institut itu baru-baru ini.
 
TImbalan Pengarah Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajarnya Muhammad Abd Rahman berkata, program ' Setitis Darah Harapan Sejuta Nyawa’ yang dianjurkan ini adalah untuk menampung bekalan darah di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian dan Hospital Daerah Machang Kelantan.
 
Sokongan dan keikhlasan menderma darah oleh staf dan pelajar IKTBN Bachok ini perlu diberi pujian kerana rata-rata yang menderma darah ini bersedia dan beratur lebih awal sebelum kaunter yang dikendalikan oleh 40 staf dari kedua hospital ini menyediakan katil untuk menderma.
 
'Saya kagum dengan semangat kesukarelaan warga institut ini sekaligus dapat menambahkan bekalan darah yang diperlukan' katanya ketika dihubungi.Dalam pada itu tinjauan sekitar dewan memperlihatkan keceriaan wajah mereka kerana dapat menderma darah bagi mereka yang memerlukan.
 
Disunting Oleh: Basok Alwi Kalle Mangadji
Gambar Oleh: Muhammad Luqman Bin Nazari
Read 3108 times Last modified on Khamis, 17 January 2019 14:50
 
Find us on Facebook
Follow Us