Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 22 January 2019 15:22

BENGKEL PEMBANGUNAN WRITTEN INSTRUCTION MANUAL (WIM) SUBJEK TEKNIKAL, UMUM TEKNIKAL, UMUM DAN BINA INSAN SESI 1/2019

Written by
Rate this item
(0 votes)

SEPANG, 22 JANUARI 2019 - Satu Bengkel Pembangunan WIM Subjek Teknikal, Umum Teknikal, Umum dan Bina Insan bagi Sesi 1/2019 telah berlangsung pada 14 hingga 15 Januari 2019.

Objektif utama penganjuran bengkel ini adalah untuk memastikan bahan penilaian yang dibangunkan mengikut panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia. Bengkel selama dua hari ini dianjurkan oleh Jabatan Penyelarasan, Kawalan Kualiti dan Penyelidikan dan telah melibatkan seramai 66 orang pengajar dari semua jabatan dan cawangan. Aturcara dimulakan dengan taklimat bengkel oleh Ketua Jabatan Penyelarasan, Kawalan Kualiti dan Penyelidikan. Seterusnya, bahan penilaian disemak oleh panel yang terdiri dari Pegawai Penilai, Pegawai Pengesah Dalaman, Pengajar Subjek, Pegawai Verifikasi Subjek dan sekretariat penganjur. Diharapkan dengan penganjuran bengkel seperti ini dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di IKTBN Sepang.

 

Laporan oleh,
Nur Nadia Bachok

Read 3599 times Last modified on Selasa, 22 January 2019 15:23
 
Find us on Facebook
Follow Us