Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 09 January 2019 14:58

MAJLIS TAKLIMAT KAKITANGAN IKTBN PAGOH BERSAMA PENGARAH

Written by Yusoff
Rate this item
(0 votes)

 

Pagoh, 6 Januari 2019 - Seramai 113 kakitangan tenaga pengajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKTBN) Pagoh telah menghadiri majlis taklimat yang pertama diadakan pada tahun ini 2019. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Pengarah IKTBN Pagoh, Tuan Hj. Abu Sallehein bin Nordin yang bertempat di Dewan Kuliah.

 

Taklimat tersebut bermula pada jam 9.30 pagi. Taklimat yang disampaikan oleh Pengarah IKTBN Pagoh adalah berkaitan tentang perancangan IKTBN Pagoh bagi tahun 2019. Dalam amanat yang beliau sampaikan turut diselitkan peringatan buat semua untuk sentiasa melakukan tugasan dengan penuh taqwa dan ikhlas agar setiap perkara yang disampaikan dan diberikan kepada pelatih sentiasa penuh berkat.

 

Malahan itu, turut dibentangkan adalah berkenaan pelan strategik dan inisiatif revolusi industri (IR 4.0) bagi IKTBN Pagoh. Dalam ucapannya, tuan pengarah menerangkan bahawa Industri 4.0 membawa transformasi yang begitu meluas mengikut perkembangan teknologi terkini. Terdapat 4 strategik yang telah dimaklumkan iaitu, pertama ialah peningkatan fasiliti latihan berkaitan Smart Machine dan Aplikasi VIDA. Kedua ialah perluasan kurikulum latihan yang menerangkan tentang fasa-fasa elemen Industri 4.0 yang dapat memberi pendedahan kepada pengajar dan pelajar.

 

Seterusnya, strategi ketiga ialah pemerkasaan keupayaan pengajar yang mengutamakan pembelajaran mengikut kemahiran asas seperti pengaetahuan berkaitan rangkaian ICT dan sekuriti siber yang boleh menganalisa setiap data. Keempat ialah pembangunan infrastruktur ICT di mana menekankan Smart Building bagi memudahkan pengaksesan internet dan data dapat dikawal secara automatik.

 

Penutup kata yang disampaikan oleh tuan pengarah adalah mengenai Transformasi Ekosistem Industri 4.0 yang mengutamakan sistem TOT pengajar, lawatan penanda aras serta peringkat asas untuk kemahiran dan pengetahuan selama 3 tahun dari 2018 sehingga 2020 kelak. Perancangan Industri 4.0 ini sedikit sebanyak telah membantu penyelarasan pelajaran yang lebih cemerlang.

 

Ditulis Oleh : Ahmad Farhan Hakim Bin Azmi

 

Disunting Oleh : Mohd Yusoff Bin Gunberi

Read 2617 times Last modified on Khamis, 24 January 2019 15:05