Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 10 January 2019 12:02

BENGKEL PEMANTAPAN WIM DAN PEMBANGUNAN SOALAN BARU

Written by Yusoff
Rate this item
(0 votes)

Antara gambar bengkel pemantapan WIM dan pembangunan soalan

 

8 Januari 2019, Pagoh – Bagi melahirkan pengajar yang berdaya saing dan berkualiti, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh telah mengadakan bengkel khas selama 3 hari bertempat di Bilik Seminar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Pagoh. Kursus tersebut bermula pada 8 Januari sehingga 10 Januari 2019 yang melibatkan seramai 20 orang pengajar dari setiap jabatan di IKTBN Pagoh.

 

Bengkel tersebut telah dikendalikan oleh encik Mohd Ozahir bin Mat Palal dari Centre for Instructor and Advanced Skill Training (CIAST). Dalam bengkel tersebut para pengajar telah didedahkan dengan prosedur terkini dalam membangunkan “Written Instructional Material” (WIM) serta soalan peperiksaan. Para peserta bengkel turut diselitkan dengan tugasan membangunkan contoh WIM dan soalan peperiksaan secara berkumpulan mengikut jabatan masing-masing, ini bagi memastikan para peserta dapat mengaplikasikan setiap kaedah yang dipelajari mengikut kesesuaian jabatan masing-masing. Dalam setiap sesi akhir tugasan, para peserta kemudian akan membentangkan hasil tugasan masing-masing bagi dibincangkan bersama penceramah.

 

Pada akhir kursus tersebut, satu sesi penyampaian cenderahati serta sesi bergambar bersama penceramah turut diadakan bagi tujuan kenangan. Pelbagai pengalaman serta tip telah dikongsikan oleh penceramah bersama peserta sepanjang tempoh bengkel diadakan. Diharapkan agar setiap peserta yang hadir dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh seterusnya melahirkan para pelajar yang berkualiti serta berdaya saing tinggi.

 

Ditulis Oleh : Ahmad Farhan Hakim Bin Azmi

 

Disunting Oleh : Mohd Yusoff Bin Gunberi

Read 2658 times Last modified on Ahad, 27 January 2019 12:09