Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 15 January 2019 16:43

Perhimpunan Bulan Januari 2019

Written by Yusoff
Rate this item
(0 votes)

 

13 Januari 2019, Pagoh – Perhimpunan bulanan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh kali pertama bagi tahun 2019 telah diadakan dengan lancar bertempat di Dewan Karisma. Perhimpunan yang melibatkan semua kakitangan dan pelajar bagi sesi pembukaan tahun ini telah dianjurkan oleh bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama pelajar-pelajar baru sesi 1/2019.

 

Pada perhimpunan tersebut satu sesi taklimat ringkas telah disampaikan oleh En. Hazmil bin. Hapaz berkaitan Revolusi Indsutri 4.0 (IR4.0) sebagai pendedahan ringkas kepada kakitangan dan pelajar IKTBN Pagoh. Majlis kemudian diteruskan lagi dengan ucapan ketua warden, En. Mohd Nasirwan bin Mohd Anas. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan agar pelajar dapat terus mematuhi disiplin serta hadir bagi bersolat subuh secara berjemaah pada setiap hari. Beliau turut mengingatkan para pelajar agar menghindari perbuatan buli.

 

Majlis kemudian diteruskan dengan agenda utamanya iaitu ucapan oleh tuan pengarah IKTBN Pagoh, Tn. Hj. Abu Sallehein bin Nordin. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan agar setiap warga IKTBN Pagoh dapat mengamalkan perilaku yang baik dan disiplin diri agar semua warganya dapat hidup dengan selesa dan harmoni serta kekal dengan matlamat dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan masing-masing. Beliau turut mengumumkan dalam ucapannya bahawa IKTBN Pagoh bakal menjadi tuan rumah bagi Majlis Pelancaran Revolusi Industri 4.0 di peringkat Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) yang bakal diadakan pada bulan Februari ini.

 

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan sesi penyampaian sijil pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Malaysia (ARPM) 2018 bagi pelajar IKTBN Pagoh yang layak. Majlis kemudiannya diakhiri dengan persembahan oleh pelajar-pelajar baru bagi sesi 1/2019.

 

Ditulis Oleh : Ahmad Farhan Hakim Bin Azmi

 

Disunting Oleh : Mohd Yusoff Bin Gunberi

Read 1203 times Last modified on Selasa, 29 January 2019 16:48
 
Find us on Facebook
Follow Us