Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 17 January 2019 15:01

BENGKEL PEROLEHAN KERAJAAN MANTAPKAN STAF IKTBN PAGOH

Written by Yusoff
Rate this item
(0 votes)

Peserta Bengkel Bergambar Bersama Pengarah IKTBN Pagoh (3 dari kiri)

 

14 Januari 2019, Pagoh – Bertempat di Dewan Kuliah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh, pihak pengurusan IKTBN Pagoh telah menganjurkan bengkel penyediaan garis panduan proses penilaian perolehan sebut harga. Bengkel tersebut telah diadakan selama 2 hari bermula 14 hingga 15 Januari 2019.

 

Bengkel tersebut telah dihadiri oleh kakitangan kewangan dan pengajar serta pengarah IKTBN Pagoh. Fasilitator yang dijemput bagi membimbing bengkel tersebut ialah Encik Meor Saharizan bin Meor Idris dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara. Tujuan diadakan bengkel ini adalah bagi memastikan setiap staf yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan proses perolehan kerajaan dapat meningkatkan lagi pengetahuan serta pengalaman mereka terutamanya dengan kaedah, prosedur serta pekeliling yang terkini. Justeru, secara tidak langsung juga, ini dapat memastikan setiap proses perolehan yang dilakukan sentiasa mematuhi peraturan dan kaedah semasa.

 

Sepanjang bengkel, pelbagai ilmu dan pengalaman telah dikongsi oleh fasilitator kepada semua peserta bengkel khusus dalam menyelesaikan masalah serta cabaran berkaitan proses perolehan kerajaan. Diharapkan dengan pendedahan sepanjang bengkel ini dapat memperkukuhkan lagi daya saing dan kualiti perkhidmatan yang diberikan dalam pengurusan perolehan kerajaan di IKTBN Pagoh.

 

Ditulis Oleh : Ahmad Farhan Hakim Bin Azmi

 

Disunting Oleh : Mohd Yusoff Bin Gunberi

Read 411 times Last modified on Khamis, 31 January 2019 15:12
 
Find us on Facebook
Follow Us