17 Januari 2019, Pagoh – Satu aktiviti gotong-royong perdana telah diadakan melibatkan seluruh warga Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh. Aktiviti ini diadakan bagi memastikan persekitaran IKTBN Pagoh sentiasa dalam keadaan ceria dan kondusif bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran para pelajar.
Antara kerja-kerja yang dilakukan adalah seperti aktiviti pembersihan, mengecat dinding bengkel, membaiki lanskap dan menyusun atur peralatan bengkel serta asrama. Program ini dimulakan dengan sesi taklimat ringkas oleh penyelaras gotong-royong iaitu En. Shah Ramle bin Sohop serta diikuti dengan pembahagian pelajar mengikut kawasan yang ditugaskan.
Program ini mendapat kerjasama yang amat baik daripada semua pelajar dan pengajar sepanjang ianya dijalankan. Program ini dijalankan secara berkala setiap tahun. Dengan melaksanakan aktiviti ini secara berkala dapat memastikan persekitaran kawasan IKTBN Pagoh sentiasa dalam keadaan bersih dan terjaga disamping dapat memberikan warganya IKTBN Pagoh suasana yang selesa dan menyeronokan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Ditulis Oleh : Ahmad Farhan Hakim Bin Azmi
Disunting Oleh : Mohd Yusoff Bin Gunberi