Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 11 February 2019 15:00

INOVASI IKTBN SEPANG TERIMA DUA ANUGERAH DI BANGKOK

Written by
Rate this item
(0 votes)

BANGKOK, 6 FEBRUARI 2019 - Usaha meningkatkan imej IKTBN Sepang selaku pengendali latihan TVET berjaya tercapai apabila buat kali ketiga di peringkat antarabangsa, projek inovasi dari IKTBN Sepang berjaya mendapat pengiktirafan sebagai Philippine Gold Award for Invention oleh Manila Young Inventors Association di dalam 2019 Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition (IPITEx 2019) di Bangkok, Thailand.

 

 

Selain dari itu, projek Degradable Plastic from Dried Banana Leaves ini turut menerima Bronze Medal di dalam pertandingan yang berlangsung selama 6 hari bermula 1 Februari 2019. Pertandingan anjuran National Research Council Thailand ini telah disertai lebih dari 400 penyertaan yang datang dari lebih 20 buah negara termasuk Korea, Russia, Romania, Poland, Croatia, Indonesia, Singapura, Hong Kong dan lain-lain.

Pemenang Bronze Medal di dalam Kategori Environment Protection Energy bergambar bersama di atas pentas.
Anugerah ini telah disampaikan oleh Naib Setiausaha Agung National Research Council Thailand, Dr Wiparat De-Ong di dalam Majlis Penutup pertandingan tersebut.

Menurut Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKTBN Sepang, Hairul Riduan Abdullah, usaha memperkasakan TVET seharusnya bermula di peringkat akar umbi.

Untuk itu, institut sentiasa mengambil inisiatif seperti menghantar penyertaan pertandingan inovasi ke luar negara agar dapat menguji di mana kemampuan sebenar inovasi yang dibangunkan.

Ketua Kumpulan,Thinakaran menerima anugerah dari Naib Setiausaha Agung National Research Council of Thailand di Majlis Penutup Pertandingan.
Beliau turut menambah, pengajar selaku aset utama institut digalakkan mencari pelbagai peluang dan ruang untuk sentiasa memperkemas ilmu dan kemahiran dalam teknologi berkaitan agar kekal relevan sepanjang masa.

Projek ini telah dibangunkan oleh 8 orang pengajar dan diketuai oleh Thinakaran a/l Narayanan.

 

Read 3249 times Last modified on Isnin, 11 February 2019 15:33
 
Find us on Facebook
Follow Us