Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG KBS 2018

Written by

WAKAF TAPAI, 12 FEBRUARI 2019 – Telah berlangsung satu majlis meraikan penerima anugerah perkhidmatan cemerlang KBS 2018.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melangsungkan sebuah majlis bagi meraikan para penerima anugerah perkhidmatan cemerlang 2018 di Royal Ballroom Palace of The Golden Horses pada 12 Februari 2019. Sehubungan dengan itu, seramai 8 orang kakitangan Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai (IKBNWT) telah dianugerahkan APC yang disampaikan oleh YB Syed Saddiq b. Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Para penerima anugerah adalah terdiri daripada Encik Mohd Fauzi b. Haji Ariffin, Puan Mariam Salmi bt. Ahmad, Puan Normazita @ Siti Hajar bt. Mansor, Puan Nurul Huda bt. Mohd, Encik Wan Mohamad Nasir b. Mohamad, Encik Arfizzan b. Zulkifli, Encik Nor Suhaili b. Mohd Yahya dan Encik Mohd Affandi b. Hassan. Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua penerima anugerah.

 

 

Di sediakan Oleh:

Ahmad Adzrimie Bin Adnan 

 

 
Find us on Facebook
Follow Us