Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 09 May 2016 01:20

PROGRAM PENAWAR GOT TALENT 2016

Written by
Rate this item
(0 votes)

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad
Foto : Saudari Nurul Hani bt Ahmad Mohamad & Nurul Anis binti Muahd Nor
PROGRAM PENAWAR GOT TALENT 2016


Bandar Penawar, 8 Mei 2016 – Satu Program Pertandingan PENAWAR GOT TALENT 2016 telah diadakan pada 8 Mei baru-baru ini bagi mencungkil bakat dikalangan pelajar dalam bidang seni suara. Program ini telah disertai oleh seramai 6 orang pelajar IKBN Bandar Penawar yang terdiri daripada wakil dari setiap jurusan. Tujuan utama program ini ialah untuk mencari bakat suara “rock” yang sesuai untuk mewakili IKBN Bandar Penawar ke pertandingan ILKBS Idol 2016 yang akan diadakan pada 30 dan 31 Mei ini.


Para peserta dikehendaki membawakan dua lagu yang berkonsepkan “rock” dan setelah tamat pertandingan, Nur Dahliana binti Khalid telah berjaya menjadi johan sekaligus akan menjadi wakil IKBN Bandar Penawar ke pertandingan ILKBS 2016. Program ini merupakan anjuran kerjasama antara Majlis Perwakilan Pelajar IKBN Bandar Penawar dan Sekretariat Rakan Muda Sesi 1/2016 dengan dibantu oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat diatas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini.

Read 1308 times
 
Find us on Facebook
Follow Us