Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 14 February 2019 09:55

JABATAN PENJARA SEDIA BANTU DISIPLIN PELAJAR IKBN

Written by

 

 

JABATAN PENJARA SEDIA BANTU DISIPLIN PELAJAR IKBN

 

IKBN KINARUT; Jabatan Penjara sedia membantu IKBN Kinarut untuk memberikan pendedahan ilmu kepada pelajar yang ada masalah disiplin mengenai kesan terbabit dalam jenayah dan dadah sekali gus dapat memberi kesedaran kepada pelajar untuk mengelak dan mencegah mereka daripada terbabit dalam kesalahan berkenaan.

 

Tuan ASP Zainal dari Penjara Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, berkata didalam ceramahnya bertajuk , “Kekalkan Keamanan, Bersama Membasmi Jenayah” di mana pelajar yang ada masalah disiplin serius perlu menjalani program pemulihan .Kami akan terus memberi kerjasama kepada mana-mana pusat pengajian dalam apa juga bidang bersesuaian demi matlamat melahirkan insan cemerlang.

 

Jabatan Penjara Malayisa tidak terkecuali mendukung hasrat untuk bersama-sama melahirkan ,pelajar-pelajar belia yang prihatin dengan mendedahkan ilmu kepenjaraan dalam program itu.

 

Di dalam program ini juga, pihak Jabatan Penjara juga telah menunjukkan demonstrasi sebatan sebagai peringatan kepada pelajar-pelajar agar tidak berhasrat untuk masuk ke penjara dan melakukan kesalahan yang boleh menyebabkan dijatuhkan hukuman sebatan.

 

"Mungkin ada pelajar akan memilih profesion kepenjaraan sebagai kerjaya, sekali gus dapat memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara dalam memulihkan mereka yang tersasar daripada landasan kehidupan," katanya.

 

Turut hadir dalam ceramah ini adalah Timbalan Pengarah kemahiran, Encik Ahmad Rithauddin Bin Ibrahim.