Print this page
Selasa, 04 December 2018 16:38

MAJLIS BERTEMU PELANGGAN

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 4 Disember 2018 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar hari ini membuka ruang seluasnya kepada pelajar untuk menyalurkan aduan dan mendapatkan info terkini mengenai perkhidmatan IKBNSI dengan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan yang diadakan pada hari Selasa Minggu Pertama setiap bulan.

Hari Bertemu Pelanggan merupakan usaha IKBNSI yang mahu mempermudahkan urusan orang ramai mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan. Selain itu, IKBNSI prihatin dalam memahami permasalahan pelajar dan mengambil langkah proaktif bagi memudahkan pelajar yang mempunyai urusan dan masalah yang berhubung kait dengan peraturan institut, jabatan dan pembelajaran.

Selain daripada itu, turut serta dalam program ini ialah Tuan Pengarah IKBN Seri Iskandar En. Md. Isa Bin Ibrahim dan pengajar. Program ini berlangsung di pada 4 Disember 2018 jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari di Bilik Mesyuarat Utama yang mewakili setiap jabatan dan unit berkaitan dengan urusan pelajar.

Sehubungan itu, para pelajar dialu-alukan untuk hadir dan berurusan dengan mana-mana kaunter yang dibuka.

Read 1935 times
Find us on Facebook
Follow Us