Print this page
Isnin, 17 December 2018 16:41

MAJLIS ANUGERAH APREASI BAHAGIAN PENGURUSAN LATIHAN 2019

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 17 Disember 2018 - Majlis Anugerah Apreasi Bahagian Pengurusan Latihan 2018 merupakan julung-julung kalinya diadakan pada 17 Disember 2018 di Dewan Dato Maharajela jam 10.00 pagi. Turut hadir di majlis ini, En. Md. Isa Bin Ibrahim, Tuan Pengarah diiringi oleh En. Amir-Kharul B.Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan bersama En. A. Rahman B. Musbah, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Islam serta kakitangan memenuhi ruang dewan.

Di majlis tersebut, penyampaian cenderahati Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bulanan telah diadakan bagi bulan November iaitu En. Jasalilawadi B. Jahi, Pegawai Belia Sukan – S41 dan Pn. Suhaila Bt Mohamed Zain, Pembantu Tadbir – N22 manakala Bulan Disember iaitu En.Kamarul Rizal B. Badarudin, Penolong Pegawai Latihan Vokasional – DV38 dan En. Azizul B. Mansor – Penjaga Jentera Elektrik – J19. Disamping itu juga, kategori Anugerah Khas telah diadakan di mana hadiah telah disampaikan oleh En. Md. Isa B. Ibrahim, Tuan Pengarah IKBN Seri Iskandar yang diperolehi oleh En. Raja Muadzam Syah B. Raja Mohd Noor – Pegawai Latihan Vokasional – DV44 dan Pn. Zamzarina Bt. Osman – Penolong Pegawai Latihan Vokasional – DV36 di atas prestasi yang cemerlang ditunjukan oleh mereka.

Diharapkan majlis ini akan diteruskan di masa akan datang bagi mengenang dan menghargai tugas-tugas yang dipamerkan setiap kakitangan yang cemerlang.

Read 1982 times
Find us on Facebook
Follow Us