Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 15 January 2019 16:44

MAJLIS PENUTUP MINGGU PARADIGMA PELAJAR BARU SESI 1/2019

Written by
Rate this item
(0 votes)

SELASA, 15 JANUARI 2019 – Majlis penutupan Minggu Paradigma Pelajar Baru Sesi 1/2019 telah diadakan pada 15 Januari 2019 jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela anjuran oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Majlis dimulakan dengan persembahan nyayian lagu Negaraku, Negeri Perak dan disusuli dengan bacaan doa. Bacaan teks ucapan dari wakil pelajar baru telah diadakan dengan disusuli bacaan Ikrar pelajar baru. Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian amanat oleh En. Md. Isa Bin Ibrahim, Ketua Pengarah IKBN Seri Iskandar di mana beliau mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baru dan mengharapkan semua pelajar memberi tumpuan kepada jurusan masing-masing serta merasmikan Majlis Penutupan Minggu Paradigma Pelajar Baru Sesi 1/2019.

Penyampaian hadiah dan cenderahati telah disampaikan oleh Tuan Pengarah, IKBN Seri Iskandar kepada pemenang yang menyertai pelbagai aktiviti yang dirancang semasa minggu paradigma yang lalu yang telah berlangsung selama 1(satu) minggu

Read 2130 times
 
Find us on Facebook
Follow Us