Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 20 May 2016 01:35

PROGRAM FIT TO WORK AWS 2016

Written by
Rate this item
(0 votes)

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad
Foto oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad
PROGRAM FIT TO WORK AWS 2016


Bandar Penawar, 19 - 20 Mei 2016 – Satu Program Fit to Work AWS 2016 telah diadakan untuk melahirkan peserta yang mempunyai ketahanan diri dan daya saing yang tinggi serta cergas untuk bekerja secara individu mahupun berkumpulan. Program ini telah disertai oleh seramai 30 orang pelajar Jurusan Kimpalan Ambilan 1/2016.


Pengisian program ini memfokuskan kepada aktiviti outdoor yang meliputi aktiviti pembahagian kumpulan, permainan Latihan Dalam Kumpulan dan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) yang melibatkan semua pelajar IKBN Bandar Penawar seramai 200 orang. Ujian ini telah dikendalikan oleh pegawai penguji dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.  Selain itu, ia juga turut dimuatkan dengan aktiviti indoor seperti sesi “knowledge sharing” oleh Encik Zahrin bin Romli Pengarah IKBN Bandar Penawar, Encik Shaidon bin Borham Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKBN Bandar Penawar, Encik Lim Chow Kiat Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKBN Bandar Penawar dan Encik Mohammad Jailani bin A. Jamil Ketua Jabatan Minyak & Gas IKBN Bandar Penawar.


Program ini telah berlansung di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara (KRAMSAU) Desaru. Program ini merupakan anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan dibantu oleh pelajar senior IKBN Bandar Penawar. Majlis penutup dan penyampaian sijil dan hadiah peserta telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah IKBN Bandar Penawar, Encik Zahrin bin Romli. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat diatas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini.

Read 1906 times