Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Sabtu, 26 January 2019 16:48

PROGRAM MEMASAK MAKANAN RINGAN POPIA NESTUM DAN CHEESE

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 26 JANUARI 2019  : Program Anugerah Remaja Perdana di bawah skop kemahiran, Cawangan Pengurusan Pelajar (CPP) telah mengadakan Program Memasak Makanan Ringan Popia Nestum Dan Cheese. Program ini telah diadakan pada 26 Januari 2019 jam 9.00 pagi bertempat di Cafetaria IKBN Seri Iskandar.

Seramai 20 orang peserta dari kalangan kakitangan wanita dan suri rumah turut serta dalam program ini. Tenaga pengajar dari kalangan staf wanita iaitu Pn. Azizah Bt Hussain. Program ini merupakan julung-julung kalinya diadakan dan sambutan amat menggalakan disamping pendedahan makanan ringan baru yang mudah dilakukan di rumah.

Diharapkan dengan penemuan resepi baru ini dan cara memasak yang cukup mudah untuk disediakan, dapatlah para peserta dapat mempraktikan teknik memasak popia ini dan merasainya dari tangan sendiri untuk dihidangkan kepada keluarga masing-masing di samping beriadah.

Read 2264 times
 
Find us on Facebook
Follow Us