Print this page
Rabu, 02 January 2019 16:49

PROGRAM TANAM ANAK BAKAU DI KUALA GULA, PERAK

Written by
Rate this item
(1 Vote)

KUALA GULA, 2 JANUARI 2019  : Penanaman pokok bakau bukan sahaja boleh mencegah hakisan pantai dan memulihara habitat asal supaya anak ikan, udang serta ketam dapat membiak.

Sebaliknya kewujudan pokok ini menjadikan Hutan Bakau sebagai tempat eko-pelancongan seterusnya meningkatkan stok sumber perikanan setempat dan ekonomi penduduk setempat.

Program Tanam Anak Pokok Bakau telah diadakan di Hutan Paya bakau, Kuala Gula, Perak pada 2 Januari 2019 jam 08.00 pagi. Seramai 70 orang pelajar telah terlibat dalam program ini. Program ini telah mendapat kerjasama dari Jabatan Hutan Negeri Perak dengan Persatuan Pertubuhan Sahabat Bakau Kuala Gula. Urusetia program telah menjemput tenaga pelajar luar iaitu Cik Pujiastuti Bt Ismaun merupakan Pengerusi Persatuan Pertubuhan Sahabat Bakau Kuala Gula.

Jadi dengan penanaman pokok api-api, perepat dan bakau, boleh menjadikan kawasan terbabit sebagai kawasan penampan ombak untuk mencegah hakisan pantai.

Di kawasan paya bakau seperti ini, anak-anak ikan membesar dan apabila besar, ikan ini akan ke tengah membolehkan nelayan mendapat hasil dari situ.

Program penanaman anak pokok api-api di situ adalah salah satu kaedah bawah skop Pemuliharaan kawasan hutan melalui kerjasama bersepadu antara agensi berkepentingan dalam industri perikanan seperti disarankan dalam program antarabangsa, Pendekatan Ekosistem kepada Pengurusan Perikanan (EAFM).

Read 2549 times
Find us on Facebook
Follow Us