Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Ahad, 22 May 2016 01:39

PROGRAM EXPLORE THE NATURE 2016

Written by
Rate this item
(0 votes)

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad
Foto oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad
PROGRAM EXPLORE THE NATURE 2016


Bandar Penawar, 21 Mei 2016 – Satu Program Explore The Nature 2016 anjuran Sekretariat Rakan Muda IKBN Bandar Penawar Sesi 1/2016 dengan dibantu oleh Pasukan Penunjuk Arah Gunung Tahak 2016 telah diadakan untuk memupuk semangat berpasukan, kerjasama dan sikap cinta alam semulajadi dikalangan peserta. Program ini telah diadakan di kawasan Hutan Gunung Tahak, Petri Jaya, Kota Tinggi dan disertai oleh seramai 54 orang peserta dari IKBN Bandar Penawar.


Pengisian program ini memfokuskan kepada aktiviti outdoor yang meliputi aktiviti jungle trekking yang lasak dalam satu kumpulan yang besar dimana setiap peserta diajar cara-cara untuk merentasi halangan-halangan yang sukar di sepanjang laluan ke kawasan puncak hutan gunung tersebut. Semua peserta telah menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi untuk sampai ke kawasan puncak yang ditetapkan dengan bantuan para pengiring dari Pasukan Penunjuk Arah Gunung Tahak, Petri Jaya , Kota Tinggi. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat diatas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini.

Read 1058 times
 
Find us on Facebook
Follow Us