Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 26 February 2019 11:37

PROMOSI IKTBN SEPANG DI MAJLIS PERASMIAN PENDIGITALAN I4.0 @ ILKBS

Written by
Rate this item
(0 votes)

PAGOH, 21 FEBRUARI 2019 - Majlis Perasmian Pendigitalan I4.0 @ILKBS telah dirasmikan oleh Yb Syed Saddiq Bin Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Majlis telah diadakan di Dewan Karisma IKTBN Pagoh pada jam 3.00 petang.


Antara lain Pelan Strategik I4.0 @ILKBS ialah mengambil kira semua aspek sebagai sebuah Institusi Latihan TVET unggul yang merangkumi menaiktaraf peralatan latihan, perluasan kurikulum, pembangunan prasarana ICT dan peningkatan keupayaan bakat pengajar. Pembangunan bakat I4.0 pengajar bersama lain-lain strategi seterusnya akan dimanfaatkan oleh pelajar yang pasti bersedia dengan teknologi I4.0 di alam pekerjaan sebenar.


Oleh yang demikian, sempena majlis tersebut, IKTBN Sepang telah turut serta membuka kaunter pameran dimana menampilkan beberapa hasil produk pelajar dari Jabatan Teknologi Mekanikal Senggaraan dan Jabatan Teknologi Elektronik.


Terima kasih kepada semua petugas kaunter pameran sempena Majlis Perasmian tersebut.

 

 

Laporan oleh,
Unit Promosi IKTBN Sepang

 

 

Read 2635 times Last modified on Selasa, 26 February 2019 11:43
 
Find us on Facebook
Follow Us