Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 25 February 2019 14:59

MAJLIS PERASMIAN PENDIGITALAN I4.0@ILKBS DI IKTBN PAGOH

Written by Yusoff
Rate this item
(1 Vote)

 

21hb Februari 2019, Pagoh – Majlis perasmian pendigitalan I4.0@ILKBS berlangsung dengan jayanya di dewan Karisma, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh dan disempurnakan oleh YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia Dan Sukan (KBS). Turut hadir bersama untuk memeriahkan lagi majlis adalah YBhg. Dato’ Dr. Hajah Wasitah Binti Hj. Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB).

 

Ketibaan YB Menteri disambut dengan persembahan stormpers oleh pelajar-pelajar ARP IKTBN Pagoh. Seterusnya, beliau diiringi oleh VVIP yang hadir untuk masuk ke dalam Dewan Karisma dan di lobi dewan, YB Menteri menandatangani buku kehadiran pelawat dengan disaksikan oleh Ketua Pengarah BPKB.

 

Seterusnya, ditayangkan video montaj I4.0 yang menerangkan dan memberikan informasi berkenaan sejarah revolusi Industri 1 sehingga kepada revolusi Industri ke-4 , pelan strategik I4.0@IKTBN Pagoh, Inisiatif I4.0 yang sedang dan bakal dilaksanakan dan juga aplikasi I4.0@IKTBN Pagoh yang merangkumi Smart Industrial Automation Center (SIAC) dan Smart Machining Centre (SMC) setakat ini.

 

Dalam ucapan perasmian, YB Menteri menekankan kepentingan anak-anak muda menguasai teknologi dan kemahiran berkaitan I4.0 supaya seiring dengan keperluan industri dan pembangunan teknologi pembuatan khususnya yang semakin berkembang. YB juga menyatakan untuk tahun 2019-2020 , pihak kerajaan telah menyediakan sebanyak RM13 Juta untuk menaiktaraf peralatan dan menyediakan persekitaran latihan IR4.0 di ILKBS. Turut diucapkan tahniah dan syabas kepada pihak BPKB dan IKTBN Pagoh khususnya di atas majlis pertukaran dokumen kerjasama ,di antara pihak Robo CNC dengan IKTBN Pagoh. “Melalui persefahaman ini nanti akan menjadikan IKTBN pagoh sebagai hub latihan CNC Machining bagi mesin HAAS yang pertama di Asia Tenggara yang disambung dengan rangkaian I4.0 HAAS. Dengan adanya Pusat Latihan 5 Axis HAAS (HAAS 5 Axis Training Centre), lepasan IKTBN Pagoh mampu memperolehi Gaji dianatara RM 3~5 k “ katanya. Majlis diteruskan lagi dengan sesi pertukaran dokumen LOI di antara IKTBN Pagoh dan Robo CNC Sdn Bhd (HAAS Factory Outlet).

 

YB Menteri bersama VVIP di bawa melawat Booth Pameran disediakan oleh IKTBN Pagoh (DIY 3D Printer), IKTBN Sepang ( Object Detector Robot, Sack Collector Robot etc),IKTBN Alor Gajah (Scan & Watch, Energator),IKTBN CHEMBONG (Smart Inspection Robot,Smart Safety Helmet) dan IKBN Bandar Penawar (Scaffolding). Setelah tamat sidang media bersama RTM, YB Menteri dan VVIP di jemput melawat Smart Industrial Automation Center (SIAC) di Jabatan Mekanik Industri dengan menaiki Buggy.

 

Ketibaan YB Menteri dan VVIP disambut dan diiringi oleh 3 unit Robot dan ditunjukkan demonstrasi ‘Robot Rumble”. YB Menteri mengambil kesempatan yang diberikan untuk mengoperasikan sendiri Robot Tempur tersebut. Seterusnya, YB Menteri merasmikan Bilik Smart Industrial Automation Center (SIAC) dengan menandatangani Plak Perasmian. Di bilik SIAC, YB Menteri diberikan penerangan mengenai aplikasi perisian simulasi Animation Studio dan Factory I/O yang mampu mengawal litar pneumatic atau hydraulic yang berada di lab yang berasingan melalui wi-fi. Juga, informasi diberikan berkenaan Kit Smart Industrial Automation System ,iaitu model bagi sebuah industri ( merangkumi Production Area,Testing & Commissioning Area,Logistic area) dan dilengkapi dengan smart system seperti sensors, HMI,Robotic,RFID dan AGV/Mobile Robot, beserta dengan pillars I4.0 yang berkaitan iaitu IoT, AR, Autonomous System dan Simulation.

 

YB Menteri dapat merasakan sendiri perjalanan Smart Industrial Automation Systems (SIAS) dari permulaan proses membuat pesanan produk melalui ‘Tab’ . Produk melalui Distribution Station, Testing & Commissioning, ware-house area, logistic area dan berakhir dengan penghantaran produk kepada pelanggan. YB Menteri dibekalkan Smart Glass untuk melihat operasi mesin sambil diberi penerangan oleh pegawai dari satu station ke station berikutnya , dimana Smart Glass memaparkan info-info berkenaan SIAS (aplikasi Augmented Reality).

 

Lawatan YB Menteri dan VVIP diteruskan ke Smart Maching Centre . YB Menteri menyempurnakan gimik perasmian dengan memotong riben dan menandatangani plak perasmian. Penerangan mengenai HAAS Factory Outlet diberikan oleh staff dari Robo CNC Sdn Bhd mengenai kelengkapan dan teknologi I4.0 yang dibekalkan kepada IKTBN Pagoh . Sambungan I4.0 secara maya (Real Time Monitoring) mesin 5 Axis HAAS ini, diberikan kepada IKTBN Pagoh selain negara Amerika dan China. Seterusnya,turut dibekalkan informasi mengenai aplikasi I4.0 (Retrofit Mesin sedia ada) untuk tujuan Predictive Maintenance, aplikasi VIDA (Virtual Informative Display Application) iaitu satu sistem pembelajaran secara maya dan TOMS (Training Output Management System) . TOMS dapat mengukur keupayaan pelajar melaksanakan proses mesin mereka dan melakukan analisis dari segi produktiviti dan efisiensi kerja. YBM juga ditunjukkan pengeluaran piala Anugerah Perdana Belia KBS di mana rekacipta dan rekabentuk piala adalah hasil usaha pelajar dan pengajar IKTBN Pagoh dan telah didaftar hak cipta.

 

Majlis berakhir dengan sidang media . Kepulangan YB Menteri diiringi dengan persembahan Stormpers pelajar dengan lirik khas dicipta pelajar untuk YB Menteri.

 

Ditulis Oleh : Kesavan A/L Kaniapan

 

Disunting Oleh : Mohd Yusoff Bin Gunberi

Read 1402 times Last modified on Khamis, 28 February 2019 15:16
 
Find us on Facebook
Follow Us