Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 01 March 2019 10:06

PELAJAR LAKUKAN KERJA-KERJA NAIKTARAF GRANDSTAND

Written by

 

 

PELAJAR LAKUKAN KERJA-KERJA NAIKTARAF GRANDSTAND

 

 

 

KINARUT ; Kerja-kerja menaik taraf Grandstand Padang Bola Sepak, IKBN Kinarut selesai dilaksanakan dengan khidmat kemahiran yang diperolehi oleh pelatih-pelatih daripada Jurusan Pendawaian Elektrik.

 

Seramai 22 orang pelajar daripada semester satu yang dipimpin oleh Encik M.M Yusdi Otoh iaitu pengajar yang cukup pengalaman dalam bidang pendawaian telah menyelesaikan kerja-kerja menaiktaraf dengan jayanya.

 

Menurut Encik M.M Yusdi, dengan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar pendawaian elektrik dengan kerjasama pengajar dapat mengurangkan kos untuk mendapatkan khidmat kontraktor daripada luar.

 

“Ini juga dapat memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar daripada jurusan pendawaian tentang kerja-kerja pendawaian yang sebenarnya dan dapat menempuh cabaran di industri semasa mereka bekerja diluar kelak”, katanya lagi.

 

Sementara itu, beliau juga berkata, Jabatan Elektrik akan melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf dan penyelenggaran yang diperlukan di IKBN Kinarut ini bagi menerapkan khidmat pelajar-pelajar pendawaian elektrik agar meningkatkan lagi kemahiran mereka.