Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 13 February 2019 16:25

MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA PERINGKAT IKBN SERI ISKANDAR

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 13 FEBRUARI 2019 –Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar telah mengadakan Minggu Keselamatan Dan kesihatan Pekerja pada 12-13 Februari 2019 bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Program ini telah berlangsung selama dua hari yang dipenuhi pelbagai aktiviti seperti Ceramah dari Polis Diraja Malaysia Perak Tengah, Bomba Dan Penyelamat Seri Iskandar, Agensi Dadah Kebangsaan, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan disusuli dengan demonstrasi kebakaran oleh Pasukan Bomba Dan Penyelamat Seri Iskandar dan Asas Pertolongan Cemas oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Seri Iskandar.

Turut hadir ialah ketua-ketua bahagian, para pegawai kanan, pegawai dan kakitangan serta para pelajar. Tujuan utama Minggu Keselamatan dan Kesihatan ini diadakan adalah khusus untuk memberikan pengetahuan, pembelajaran serta meningkatkan kesedaran supaya sama-sama dapat membudayakan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja bersama rakan sekerja.

Minggu Keselamatan dan Kesihatan ini merupakan salah satu pelan tindakan jabatan untuk mempertingkatkan kesedaran mengenai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Dengan harapan hasil daripada program seperti ini akan dapat meningkatkan lagi kesedaran mengenai kepentingan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dalam kalangan kakitangan jabatannya.

Read 1966 times
 
Find us on Facebook
Follow Us