Print this page
Jumaat, 15 February 2019 16:31

KURSUS TADBIR URUS KOPERASI

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 15 FEBRUARI 2019 – Koperasi IKBN Seri Iskandar dengan kerjasama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) menganjurkan Kursus Tadbir Urus Koperasi kepada ahli koperasi yang diadakan pada 15 Februari 2019 bertempat di Perpustakaan jam 09.00 pagi.

Seramai 30 orang ahli KOOPSI telah terlibat dalam kursus ini. Penceramah jemputan adalah Pn. Azlita yang didatangkan khas daripada ANGKASA. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memantapkan lagi gerakan koperasi siswa di KOOPSI di samping mempelajari selok belok pengurusan koperasi yang baik.

Peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan ditugaskan untuk membuat perancangan masa depan koperasi di IKBN Seri Iskandar. Kursus berakhir pada jam 05.00 petang. KOOPSI IKBN Seri Iskandar mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn. Azlita atas kesudian berkongsi ilmu bersama ahli KOOPSI IKBN Seri Iskandar.

Read 2069 times
Find us on Facebook
Follow Us