Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 21 February 2019 16:34

BENGKEL SEMAKAN DOKUMEN MS ISO 9001:2015

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 21 FEBRUARI 2019 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengadakan Bengkel Semakan Dokumen MS ISO 9001:2015 pada 20-21 Februari 2019 bertempat di Akedemi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Bt. Gajah, Perak.

Bengkel ini dihadiri seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada Ketua Jabatan dan Bahagian yang terlibat secara langsung dalam pembangunan Dokumen MS ISO 9001:2015 sebelum ini. En. Abd. Rashid Bin Mohd Ya’acob telah dilantik sebagai penceramah bagi bengkel yang berlangsung selama dua hari ini.

En. A.Raman Bin Musbah, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) IKBN Seri Iskandar turut hadir sama bagi memantau perjalanan bengkel berjalan lancer dan memastikan Dokumen MS ISO 9001:2015 lengkap sebelum diaudit oleh pihak SIRIM. 

Antara yang disampaikan dalam bengkel ini ialah pengenalan kepada objektif dan kepentingan audit, jenis-jenis audit, keperluan MS ISO 9001:2015, proses dan perancangan audit, pelaksanaan dan pelaporan audit serta tindakan pembetulan dan susulan.

Dalam kursus ini juga senarai semak baharu yang memenuhi keperluan MS ISO 9001:2015 juga telah berjaya dirangka dan bakal digunakan dalam audit dalam IKBN Seri Iskandar pada tahun ini.  

Melalui penganjuran bengkel ini diharapkan dapat memberikan kefahaman kepada semua perserta terutama dalam dimensi baharu pengurusan kualiti yang berasaskan kepada pengurusan risiko dan membantu IKBN Seri Iskandar dalam mencapai objektif  pengurusan yang berkualiti.

Read 2061 times
 
Find us on Facebook
Follow Us