Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 18 March 2019 15:09

PROGRAM PENJELAJAHAN LASAK ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA IKTBN BACHOK

Written by
Rate this item
(1 Vote)

BAHAARPRM

Bachok 18 Mac 2019 - Program Penjelajahan Lasak Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda yang telah dilaksanakan pada 14 hingga 16 Mac 2019 melibatkan 21 orang pelajar dan 6 orang pegawai pengiring bertempat di Gunong Stong Kuala Krai Kelantan. Program ini merupakan salah satu daripada komponen arprm yang perlu dilaksanakan bagi melayakkan peserta untuk menerima anugerah pada tahap yang disertai.

Objektif utama adalah bagi menggalakkan semangat pengembaraan dan pemahaman yang mendalam tentang alam sekitar yang luas. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program tersebut berlangsung. Antaranya taklimat jati diri dan ‘survival’ . semua aktiviti yang dijalankan telah di kawal selia oleh pegawai pengiring yang terlibat diketuai oleh malim gunong stong dari kelab kura-kura outdoor negeri kelantan.

Bagi aktiviti mendaki ke puncak gunong stong dengan tujuan agar mereka dapat menghayati dan menghargai alam sekitar.Para peserta diuji dari segi mental dan fizikal yang mana mereka perlu bersabar sekiranya terdapat apa-apa cabaran atau gangguan semasa aktiviti ini berlangsung.

Aktiviti ‘survival’ diadakan pada hari kedua program iaitu selepas tamat taklimat jati diri daripada ketua fasilitator. Dalam aktiviti ini, peserta akan mendaki ke puncak gunong stong di samping mencari ikhtiar untuk mendapatkan makanan sendiri iaitu dengan memancing di kawasan sekitar puncak gunong stong. Mereka juga perlu memasak sendiri sepanjang tempoh 3 hari 2 malam. Tahniah di ucapkan kepada semua peserta yang berjaya menamatkan aktiviti ini dengan jayanya.

Disediakan oleh : Nadia Bt Mat Isa

Disunting oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

Read 2486 times Last modified on Selasa, 19 March 2019 08:55
 
Find us on Facebook
Follow Us