Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 20 March 2019 10:27

WARGA IKTBN SEPANG ‘BERKHIDMAT’ DI RUMAH AMAL BAITUL BAROQAH WAL MAHABAH

Written by
Rate this item
(0 votes)

SEPANG, 16 MAC 2019 – Seramai 30 orang pelajar yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), AJK Surau As-Syakirin dan Anugerah Remaja Perdana (ARP)

tahap perak dan gangsa IKTBN Sepang telah melakukan Program Khidmat Masyarakat di Rumah Amal Baitul Baroqah Wal Mahabah pada hari ini.

Antara aktiviti yg dilaksanakan ialah pembersihan ladang kambing, asrama lelaki dan perempuan, surau,bilik darjah serta kawasan sekitar. Menurut Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar Tuan Haji Rahim bin Haji Md Shariff, aktiviti kemasyarakatan ini bertujuan untuk menyampaikan  sumbangan dalam  bentuk material dari warga IKTBN Sepang dan sumbangan tenaga dalam melakukan aktiviti yang dapat membantu meringankan pengurusan Rumah Amal Baitul Baroqah Wal Mahabah. Selain itu, melalui aktiviti seperti ini dapat memupuk rasa keinsafan dalam diri peserta dan seterusnya mensyukuri setiap nikmat yang diberikanNya untuk dihargai. Secara tidak langsung, program ini dapat melahirkan generasi yang prihatin dan cakna dengan nasib masyarakat setempat. Program ini turut disertai bersama oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan dan Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar.

Aktiviti ini diharapkan dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada semua yang terlibat dan dapat digandakan dan diteruskan pada masa akan datang. Semoga usaha berterusan untuk menjadikan pelajar IKTBN Sepang sebagai lepasan graduan yang berketerampilan di dalam bidang kemahiran dan aktif dalam menggerakkan kerja-kerja amal dalam pelbagai lapangan mencapai matlamat.

 

Read 2391 times Last modified on Rabu, 20 March 2019 11:30
 
Find us on Facebook
Follow Us