Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 05 March 2019 16:03

PROGRAM AUDIT PERSIJILAN SIRIM MS-ISO 9001:2015 IKBN SERI ISKANDAR 2019

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 5 MAC 2019 - Pada 4-5 Mac 2019 bertempat di IKBN Seri Iskandar, Program Audit Persijilan SIRIM MS ISO 9001:2015 oleh wakil Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) telah diadakan. Untuk rekod ini merupakan audit akhir untuk IKBN Seri Iskandar bagi mendapatkan persijilan MS-ISO 9001:2015.

Audit Persijilan SIRIM MS-ISO 9001:2015 IKBN Seri Iskandar ini telah dikendalikan oleh Pasukan Juruaudit SIRIM yang terdiri daripada 

Ketua        : En. Mohd Nasim Bin Zakaria

Juruaudit   : En. Tajul Arif Arifin

                : En. Muhamad Fadhlullah Bin Rahmat


MS ISO 9001:2015 adalah satu standard bertulis yang menetap dan menerangkan keperluan asas yang perlu ada dalam Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) bagi memastikan produk atau perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah organisasi dapat memenuhi kehendak pelanggan. 

Maka dengan itu, melalui Sistem Pengurusan Kualiti berserta persijilan MS ISO 9001:2015, adalah menjadi hasrat IKBN Seri Iskandar untuk menunjukkan keupayaan untuk menyediakan perkhidmatan yang memenuhi keperluan pelanggan, peraturan dan perundangan yang berkaitan sekaligus menambah kepuasan pelanggan melalui penggunaan sistem yang berkesan, termasuk proses penambahbaikan berterusan. 

Sepanjang 2 hari program audit, Pasukan Juruaudit SIRIM telah meronda seluruh unit dan kawasan IKBN Seri Iskandar dan juga menemuramah anggota dan ketua-ketua Unit IKBN Seri Iskandar bagi melakukan audit lengkap seterusnya menetapkan piawaian kualiti untuk IKBN Seri Iskandar.


Di akhir Program Audit pada petang 5 Mac 2019, setiap Juruaudit telah melakukan pembentangan mengenai penemuan-penemuan mereka. Wakil-wakil dari Ketua Jabatan, Unit dan Cawangan telah hadir bersama untuk mendengar laporan penemuan pada petang itu. 

Program Audit Persijilan SIRIM MS-ISO 9001:2015 selama 2 hari oleh SIRIM ini telah sedikit sebanyak membantu IKBN Seri Iskandar untuk meneruskan dan menambahbaik kualiti perkhidmatan terbaik untuk semua pelanggan menerusi Sistem Pengurusan Kualiti jabatan. Segala cadangan, teguran dan penemuan oleh pihak SIRIM, diambil positif oleh pihak IKBN Seri Iskandar dan akan cuba melaksanakannya dan membuat penambahbaikan sebaik mungkin.

Read 2044 times
 
Find us on Facebook
Follow Us