Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 19 March 2019 16:08

PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN MELALUI MEDIUM BIZ GAME

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 19 MAC 2019 - Keusahawanan merupakan teras dan agenda utama kerajaan. Sebagai sebuah institut yang menyokong agenda kerajaan itu, IKBN Seri Iskandar sentiasa berusaha untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam pencapaian akademik, malah mempunyai nilai tambah di dalam bidang keusahawanan. Selain itu, IKBN Seri Iskandar juga secara serius inginkan graduan yang dilahirkan mempunyai nilai keusahawanan yang mantap.

Justeru itu, pelbagai aktiviti dirancang. Antaranya ialah Program Latihan Pembudayaan Keusahawan Melalui Media Biz Game yang berbentuk santai untuk menggalakkan penyertaan pelajar. Ianya berbentuk ‘entrepreneurial game’ yang mana lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan dan menyelesaikan masalah.

Program ini berlangsung pada sebelah petang waktu kokurikulum bermula jam 03.00 – 05.00 petang di Dewan dato Maharajalela. Program ini adalah anjuran bersama Kolej Profesional Mara Seri Iskandar di mana penglibatan Pensyarah bersama pelajar mereka sendiri sebagai fasilitator program.

Objektif utama adalah untuk mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan para pelajar berkenaan bidang keusahawanan serta memupuk dan menerapkan nilai-nilai keusahawanan dalam kalangan pelajar daripada semua bidang dalam meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehdapatan pekerjaan di kalangan graduan IKBN.

Aktiviti yang dilaksanakan adalah berbentuk perkongsian ilmu dan juga permainan berkaitan keusahawanan. Antara perkongsian yang disampaikan adalah Halatuju Ekonomi Bumiputera, Keusahawanan sebagai Kerjaya Pilihan, Jatidiri dan Halatuju Usahawan Muda dan Keusahawanan Islam.

Read 1939 times
 
Find us on Facebook
Follow Us