Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 19 March 2019 16:09

PENYERTAAN IKBN SERI ISKANDAR DALAM PERTANDINGAN INOVASI ICOMPEX’19

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 19 MAC 2019 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSIP) telah menyertai Pertandingan “Innovation and Invention Competition Through Exhibition” (iCompEx) 2019 peringkat kebangsaan anjuran Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) yang diadakan di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah yang berlangsung selama 3 hari iaitu pada 19 hingga 21 Mac 2019.

IKBN Seri Iskanda telah menghantar 4(empat) projek merangkumi kategori yang berbeza iaitu kategori 1 – Pertanian, Alam Sekitar & Tenaga Boleh Diperbaharui disertai Projek HEAT2ELECTRO(H2E) diketuai oleh En. Khairul Anuar Bin Hashim, kategori 2 – Mesin, peralatan & Proses Pengilang disertai Projek ARDUINO ASSISTED BLIND STICK diketuai oleh Pn. Zamzarina Bt Osman, kategori 3 – ICT & Multimedia disertai Projek JOM BELAJAR ABCD diketuai oleh Pn. Adiniah Bt Muhamad Radzai dan kategori 4 – Perkhidmatan Dan Pemasaran Produk disertai Projek MINI REFRIGERATOR diketuai oleh En. Abu Yazid B. Mustaffa.

Sebelum berangkat dari IKBN Seri Iskandar, sesi taklimat telah diadakan pada semua pelajar dan staf yang terlibat dalam pertandingan ini yang dihadiri oleh En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan. Kata-kata semangat dan sumber motivasi dari beliau akan dijadikan sebagai panduan semasa pertandingan ini berlangsung.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pegawai serta pelajar yang terlibat dalam pelaksanaan projek dan menjayakan pertandingan inovasi ini. Ucapan terima kasih juga kepada pihak pengurusan IKBN Seri Iskandar terutama sekali tuan pengarah En. Md. Isa Bin Ibrahim yang banyak memberi sokongan kepada kumpulan inovasi. Semoga IKBN Seri Iskandar membawa terus maju ke hadapan.

Read 1873 times
 
Find us on Facebook
Follow Us